CARA TERBAIK MENENANGKAN HATI YANG KECEWA DAN TERLUKA
Hati sedang kecewa dan terluka ??
Hati sedang lemah dan sangat tidak tenang ??
Dalam dunia ni, tiada siapa yang ingin merasai kecewa dan terluka..
Apatah lagi menjadi lemah akibat daripada permainan perasaan ini.
Merasa lemah dan tidak tenang sehingga mengalir air mata ingin sekali menitis setiap waktu.
Cinta itu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan.
Antara kuat dengan tidak je kita nak hadapi nanti.
Ada juga kecewa terhadap perkara lain. Boleh jadi akibat terluka dengan tindakan ibubapa kita.
Dan ada juga terkecil hati dengan sikap anak-anak kita.
Pendek kata, banyak perkara yang membuatkan hati kita menjadi remuk rendam dan membuatkan hati kita berasa lemah dan terluka.
BAGAIMANA MENENANGKAN HATI YANG KECEWA
Kita ingin mengelak daripada kelihatan lemah, kita berpura-pura kuat.
Kita tersenyum, tapi dalam hati siapa yang tahu betapa peritnya hati kita.
Sampai bila kita ingin berpura-pura ??
Adakah dengan kepura-puraan kita dapat menenangkan hati kita seminggu dua lagi ??
Ingatlah, kita semua manusia. Manusia yang dikurniakan hati dan perasaan.
Ada perasaan suka dan bahagia, sedih dan pilu, lemah dan duka.
Mungkin disaat anda sedang membaca artikel ini, anda sedang lemah dan kecewa.
Hati tidak merasa tenang dan tenteram kerana kekecewaan dalam diri sangat menyakitkan.
Mungkin sahaja anda terjumpa artikel ini dari ink FB atau tergoogle entri ini tanpa tak disengaja.
Bismillah, izinkan saya berkongsi beberapa cara untuk menguatkan dan menenangkan kembali hati yang kecewa dan terluka.
Insyaallah, saya hamba Allah yang pernah mengalami situasi ini, sama-sama kita muhasabah diri dan artikel ini juga menjadi panduan dan dorongan dalam diri saya. Tiada istilah bangga diri atau menunjuk-nunjuk disini. Hanya sekadar perkongsian yang saya ingin kita kongsi bersama.
1) Membaca Surah Yassin
Yang pertama dan utama sekali, back to HIm. Cuma duduk seketika dan ambil masa untuk bersama dengan kitab suci ini. Mungkin ini salah satu sebab kita hidup tak tenang dan sentiasa dalam kecelaruan hati. Oleh itu marilah kita kembali menghidupkan amalan ini semula.
Saya pernah bertanya dengan seorang sahabat saya di Mesir, bagaimana beliau mententeramkan hatinya saat ditimpa musibah ??
Dan beliau menjawab "Dalam saya keserabutan suatu masa dulu, saya mengamalkan baca surah yassin setiap kali selesai solat," Memang nampak its too simple! tapi percayalah, tak semua manusia sanggup mengamalkan ini. Back to Islam, kita sememangnya dituntut untuk membaca al-quran, paling kurang seminggu sekali dan paling baik setiap hari. Sekurang-kurangnya sehelai muka surat.
2) Solat Sunat Tahajjud
Ya! Memang saya akui, tak semua antara kita melakukannya setiap hari, termasuk saya sendiri.
Tapi cuba bermula slow-slow. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.
Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditnggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.
"Usolli Sunnatal Tahajjud Rak’ataini Lilaahi Ta’ala, Allahu Akbar."
" Sahaja aku solat sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala"
Pada rakaat pertama, bacalah Al-Fatihah dan Al-Kafirun, manakala rakaat kedua bacalah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas.
Solat Tahajjud dilakukan tiada had rakaatnya, mengikut kesanggupan dan kemampuan dengan setiap dua rakaat dan satu salam.
Selepas itu, berdoa. Berdoalah apa sahaja. Adukan masalah kita direct kepada Allah.
Mintalah ketenangan hati dan jiwa. Insyaallah, Allah Maha Mendengar segala rintihan kita.
3) Banyakkan Istigfar dan Berzikir
- La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Swt)
- Hasbunallah wa ni'mal wakiil (Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung)
4) Elakkan Mendengar Lagu Bertemakan Kekecewaan
Ini penting kepada mereka yang baru sahaja mengalami putus cinta/tunang, sila hindari situasi yang boleh mengakibatkan anda sebak dan teringat zaman lalu.
Kita ingin menenangkan hati bukan menyesakkan hati, kan ??
Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya sungguh pedih sekali. Biarkan dahulu luka itu sembuh :))
5) Sentiasa Mengingati Allah
Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa setiap yang berlaku itu perancangan dan ketentuanNya.
Jangan cepat melatah dan marah dengan takdir.
Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.
Yakinlah kesedihan yang Allah berikan itu supaya kita sentiasa berbalik padaNya.
Dia rindu ingin mendengar rintihan dan keluhan kita. Dia rindu melihat airmata kita.
Dia rindu suara esakan kita padaNya, kembalilah pada Dia. Sesungguhnya cinta Dia lebih agung dari cinta manusia.
"JANGANLAH KAMU BERSEDIH, SESUNGGUHNYA ALLAH SENTIASA ADA BERSAMA KAMU" (Surah At-TAubah : 40)
"INGATLAH, HANYA DENGAN MENGINGATI ALLAH, HATI KAMU AKAN TENTERAM"
(Surah Ar-Rad : 28)
No comments:
Post a Comment