Thursday, 15 December 2016

- BAGAIMANAKAH INGIN MELUPAKAN SI DIA YANG TERCINTA -

" Dia cinta matiku.. Dia yang terakhir dalam hidupku.. " Begitulah yang selalu bermain difikiran.

Cuba hilangkan wajahnya di kotak fikiran kita. Kosongkan ruang hati kita daripada kehadiran seseorang yang pernah menjadi suri di hati satu ketika dulu. Anggaplah dia tidak pernah hadir, meskipun dia sentiasa berlegar-legar dalam fikiran kita.

" Hati ibarat kaca, yang sekali tergores, akan sukar untuk hilangkannya. Hati juga ibarat batu, yang sekali terukir namanya akan susah dipadamkan."

Tetapi tidak ada kata mustahil. Susah hanyalah kata yang membuatkan kita mundur ke belakang.
Susah bukan bererti kita tak boleh, hanya kita perlu lebih banyak waktu, lebih banyak tenaga dan lebih banyak kekuatan untuk menghapuskannya. Biarlah air mata berlinang, biarlah semua lelah tergenggam, insyaallah sedikit demi sedikit ia akan menghilang pergi.

Tak perlu lagi kenangan masa belajar di sekolah rendah atau menengah dahulu. Hapuskan dan buang jauh-jauh dari hati. Kembalilah pada Allah dengan wajah yang bersinar-sinar.
Kembali kepada tujuan awal, menjadi hamba Allah yang bersyukur dengan nikmat Islam.

Tidak Mampu Untuk Melupakan ???

Boleh.. Insyaallah boleh.. semestinya boleh.. cuma perlukan masa yang lama.
Ada setengah manusia mampu melupakan dalam masa sehari je, dan ada juga manusia yang perlukan masa lima hingga tujuh tahun untuk melupakan seseorang.
Terpulang pada kekuatan hati kita. Semuanya boleh apabila kita serius berusaha. Cuma, akan ada banyak air mata yang menitis, itu pasti! Sebab melupakan orang yang pernah kita sayangi itu sememangnya bukan mudah. Saya akui kerana saya juga insan biasa yang tidak lari dari perasaan mencintai dan ingin dicintai. :))

Yakinlah pada Allah, mohonlah diberi kemampuan dan keupayaan untuk menghapuskan bayang-bayang si dia. Panjatkan doa, agar ia terhapus dari hati dan benak fikiran kita.
Memang perlukan masa yang lama. Tetapi percayalah, perancangan Allah itu indah. Dia adalah sebaik-baik Perancang. Kita hanya manusia kerdil yang hanya mampu merancang, tetapi Allah cukup hebat kerana Dia aalah Penentu Segalanya.

Lawanlah daya ingat kita tentangnya dengan rasa lupa. Penuhi hati, tanamkan dalam fikiran dan diri kita cinta pada yang Benar, iaitu Cinta Illahi, lebih Agung dan Setia bersama kita walau dimana kita berada. Cinta manusia bersifat sementara. Hanya mampu menabur janji dan melemparkan duka sesama manusia, tetapi cinta Allah sungguh indah dan sangat menenangkan jiwa.

Mungkin untuk sebulan masih ada degup jantung yang menggoncang jiwa. Kencang dan lambat hilang. Tetapi semua ada masanya. Mohonlah kekuatan dan ketabahan untuk melupakan si dia yang pernah kita cintai. Aaamiin..

" Melupakan dia yang pernah hadir dalam hati, perlukan perjuangan hati dan kosentrasi serta tenaga yang kuat, dan masa yang banyak. "

Sekadar muhasabah diri dan sedikit perkongsian untuk anda yang dalam kekecewaan hati.
Tiada kena mengena antara hidup mahupun yang sudah mengadap illahi.
Semoga hati anda kuat dan tabah dalam menghadapi ujian cinta ini. Aamiin. 
Bukalah hati, Lapangkan dada, Pejam mata, Tenangkan fikiran...
Insyaallah anda kuat! 

Mana yang baik datang dari Allah, dan yang kurang datang dari khilaf saya sendiri. 
Maafkan segala kekurangan andai tersinggung terasa hati saat membaca blog ini.
Past is past, start with a new life. Terima kasih pada readers yang sentiasa support.
Semoga doa anda termakbul satu hari nanti, Aamiin .......... :D

No comments:

Post a Comment