Wednesday, 27 September 2017

7 TIPS UTAMA INGIN MULA BISNES

Nak berjaya bukan mudah. Bukan macam kita belajar di sekolah dulu ambil peperiksaan ada cemerlang, ada lulus, tak lulus pun masih boleh teruskan pelajaran di sekolah. Tapi bila dah remaja, semua tu hanya tiket untuk kita menuju ke alam dewasa sahaja. Hanya nak tentukan kita boleh masuk universiti atau tidak. Habis kalau kita gagal dapat keputusan cemerlang dalam SPM? Gelaplah masa depan kita. Camtu? Kalau kita dari keluarga kurang berada nak sambung pengajian tapi duit tarak, macam mana? Sampai ke tua lah tanam anggur, durian, strawberry, tembikai je dekat rumah? Hey, zame skare jange cito lar, sumo perlu duit, meme duit buke segalonya tapi segalonya perlu duit loni weyy laa..

Ok, straight to the point *sambil betulkan cermin mata* cewahh, walhal idea aku menaip tiba-tiba hilang dari radar. Biasalah, idea dah lama tak kikis, makin tepu lah jadiknyer! Macam lemak dalam perut kita la, makan banyak tapi senaman kurang, minum air panas tidak, lemak jadi terkumpul. Kalau kikis tu, boleh buat baju sejuk dah. Ok, nonsense.

Jom back to our topic sebelum cheq bawa hangpa lagi jauh terbang. Basically, hari ni cheq nak ajak hangpa semua muhasabah diri dengan cheq, kita ni duk Malaysia ekonomi "belum pulih" sepenuhnya lagi. Tipulah kalau korang cakap gaji korang yang sekarang ni terlebih cukup. So, bila kita dah tau ekonomi keluarga dan negara dalam kegawatan, takkan kita masih nak duduk goyang kaki je, kan? Ubahlah! Bangkit! Fast Action Fast Result bak kata Dr. Azizan Osman, my favourite idol in business. Eh, beliau hebat taw! Jutawan kott!! Even belum join kelas beliau, tapi bila baca buku, dengar ceramah beliau, i feel like really Amazing, waaaa *tepek stickers mata bintang-bintang*. No no no ~~ cheq bukan nak promote beliau, beliau memang dah kaya, kita ni ha! Apa cita? Pernah dengar tak, 99% rezeki yang bersih datangnya dari BERNIAGA. Hish! Mana ade, bukan cheq maksudkan orang kerja makan gaji rezeki dari sumber kotor, bukannnnnnnnnnn... bukan bukan, haa kang aku pulak kena kecam nanti. Salah tu. Maksud cheq, kalau kita dah tau gaji kita tak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga, why not kita berniaga? Part time pun jadilah. Dalam kita berniaga, kita pun ikut sunnah Rasulullah juga. 2 in 1. Duit dapat, pahala pun dapat :))

Cer baca tajuk utama atassss sekali. Dah? ok, pandang mata cheq balik *beliakkan mata* haaa, macam tu la baru semangat nak share tips ni.. meh tengok bawah..

7 TIPS UTAMA INGIN MEMULAKAN BISNES

1. GUNA APA YANG ADA DI TANGAN
Contohnya kita ambil upah cuci baju, jual gula-gula dalam plastik. Kumpul dulu modal, tak perlu pinjam sana sini, buat loan semata. Mulakan dari kecil-kecilan dulu.
2. UBAH DAN BETULKAN MINDSET ANDA
Tanamkan keyakinan bahawa anda boleh berjaya! Sebab utama sesebuah bisnes gagal adalah disebabkan kita tak percaya dengan diri sendiri, cepat sangat give up, tak kuat nak hadapi kecaman dan cabaran dalam perniagaan.
3. AMBIL PRODUK DAN PENGALAMAN ORANG LAIN
Caranya dengan menjadi AGEN atau DROPSHIP, menjual produk orang lain dahulu atau bekerja dengan syarikat yang memberi pengalaman dalam skill dan kemahiran. Inilah cara yang paling mudah untuk memulakan sesuatu perniagaan. Belajar bisnes dengan menjadi DROPSHIP. Seronok! Tanpa modal, tanpa pegang stok, tanpa perlu bersusah ke poslaju, tetapi untung dan komisyen 100% milik anda! Paling best lagi jika anda jumpa team yang supportive dan baik, mereka akan beri banyak ilmu kepada anda! Cuba dan rasai. Syioook!!
4. MULAKAN MEMBACA BUKU INSPIRASI DAN BISNES
Pendapatan kita tak akan meningkat jika kita guna cara yang sama.You want something but you don't put your effort on that! Cari dan grab sebanyak mungkin ilmu bisnes, then you will feel the miracle on that time. Insyaallah!!
5. TULIS MATLAMAT DAN IMPIAN DENGAN JELAS
Matlamat dan impian kita kena jelas dan terang. Dan lebih baik jika matlamat kita tu memberikan manfaat kepada orang lain. Matlamat tidak jelas ibarat pandu kereta yang tiada haluan yang tepat. Boleh boleh?
6. MULA MEREKOD SEMUA DUIT MASUK
Mula rekodkan semua duit masuk dan duit keluar anda. Permasalahan disini ramai orang mampu berbisnes kecil-kecilan tetapi oleh kerana tiada rekod pengeluaran dan rekod masuk duit jadi kita takkan nampak hasilnya. Jom buat cash flow!
7. IKAT PERUT SIKIT, JANGAN CEPAT MEMBELI PERKARA YANG TIDAK PERLU
Nafsu tak salah. Cuma kita yang kena ajar diri dan hati untuk mengawal. Berjimatlah dalam berbelanja. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu. Belajar hidup cara orang susah. Benda yang tidak perlu jangan cepat melatah, jangan cepat terpedaya. Kawal emosi. Faham faham?

Akhir sekali, sebelum cheq melabuhkan tirai kamar, cheq pun dah ketandusan idea. So, cheq nak minta maaf andai ada silap dan salah dalam menulis entri-entri ni, mana yang salah harap ditegur. Yang baik datangnya dari Allah, yang buruk dari diri saya sendiri. Harap korang tak jemu la membaca. Rajin2lah singgah ye, mana tau cheq ada buat contest ka.. Terima kasih kepada anda semua. Semoga anda kaya dan berjaya!!
Salam Ukhwah
Salam Magnet Rezeki
Salam 1Malaysia

Assalamualaikum wbt



Wednesday, 15 February 2017

30 Kata Kata Motivasi Hidup Untuk Membangunkan Semangat


Matahari telah terbit dan hari baru sudah terbuka lagi. Mulailah hari anda dengan penuh motivasi. Tataplah cermin dan yakinkan bahawa kamu sedia untuk menghadapi semuanya hari ini.
Baca kata kata motivasi hidup ini untuk membangun semangatmu.
Lupakan rasa sedih dan kecewa semalam dan yakinlah untuk bahagia hari ini. Tersenyumlah kerana kejayaan telah menantimu hari ini. Himpunan kata-kata motivasi hidup ini akan membantu anda untuk menggapai mimpi hari ini.

1. Aesop: Bersiap untuk hari esok

"Persiapkan hari ini untuk keinginan hari esok"- Aesop -
Untuk sebuah hari baru, buatlah kejutan untuk diri sendiri. Lakukan yang terbaik yang anda boleh lakukan, seakan esok kamu akan jadi kaya. Persiapkan hari ini, seakan ada sebuah keinginan yang akan kamu wujudkan hari ini.
Buang fikiran negatif dan berjuanglah dengan bahagia hari ini!! Buatlah kata kata motivasi hidup terbaik untuk menemanimu berbahagia. Dari sebuah motivasi yang baik, kejayaan akan muncul.

2. Aristoteles: Bersenang-senanglah dalam pekerjaan anda

"Kesenangan dalam sebuah pekerjaan membuat  kesempurnaan pada hasil yang dicapai"- Aristoteles -
Untuk kamu para pejuang hidup, tersenyumlah dalam mengerjakan bahagianmu hari ini. Lupakan ucapan boss yang galak!! Hilangkan perkataaan negatif orang tentang anda!! Kata kata motivasi sukses anda lebih bererti dari perkataan negatif tersebut.
Fokus dengan pekerjaan anda. Dengan kebahagiaan dalam bekerja, anda akan dapat hasil lumayan yang anda inginkan hari ini!!

3. Muhammad Ali: Fokus pada tujuan

"Yang membuatku terus berkembang adalah      tujuan-tujuan hidupku"- Muhammad Ali -
Lihatlah kata-kata motivasi sukses ini dan tanyakan pada diri anda ‘Apa tujuanku hari ini?’ atau ‘apa tujuan hidupku sekarang?’. Jangan biarkan setiap hari mengalir tanpa anda tahu apa tujuan anda menjalani hari-hari.
Jika tujuan anda menyelesaikan pekerjaan di ofis, lakukanlah dengan kebahagiaan. Bertekad dan berdoalah sehingga apa yang anda lakukan hari ini tidak sia-sia. Bersemangatlah seakan tujuan anda akan tercapai esok hari.

4. Sai Baba: Buat setiap hari bermakna

"Anda harus melalui hari ini dengan irama. Biarkan seluruh kehidupanmu berirama seperti lagu" - Sai Baba -
Buka mata dan yakinlah ada makna indah hari ini!! Yakinlah anda tidak ingin melewatkan setiap detik hidup dengan sia-sia!! Ketika muzik sudah memainkan iramanya, bersiaplah untuk menbuat irama hidup anda sendiri.
Nada minor atau major sama saja. Sedih atau senang, kenyataan itulah yang buat hidup anda bermakna. Resapi kata-kata motivasi hidup dan irama itu akan mulai terasa!

5. Abdurahman Wahid: Jangan pernah berkata “mungkin”

"Saya tidak berbicara dengan kata mungkin"- Abdurahman Wahid -
Untuk hari baru, jangan mulai dengan keraguan. Jangan katakan ‘mungkin saya boleh melakukannya’, tapi katakan ‘saya boleh lakukan!!’. Kata ‘mungkin’ membuat semuanya terlihat berat dan mustahil.
Ketika kata kata motivasi hidup dan tekad bersatu dalam diri, anda akan melakukan hal yang tidak pernah bayangkan. Yakinlah bahawa suatu hari, kata-kata motivasi hidup anda akan mengubah anda menjadi seorang yang berjaya dalam hidup. Ayuh!!

6. Chanakya: Lakukan dan bekerjalah dengan                                    ketulusan

"Sekali anda mengerjakan sesuatu, jangan  takut  gagal dan jangan tinggalkan itu. Orang-  orang  yang bekerja dengan ketulusan hati  adalah  mereka yang paling bahagia." - Chanakya -
Kegagalan dalam hidup itu adalah hal yang biasa. Yang luar biasa adalah bagaimana kamu belajar dari kegagalan itu dan bangkit semula hadapi hari mendatang. Berbahagialah ketika gagal kerana Allah swt telah mengatur yang terbaik akan datang. 
Bekerja bukan hanya untuk nikmat dan pujian, tapi untuk kebahagiaan. Rendah hati dan ketulusan, itu tanda kebahagiaan. Kata kata motivasi kerja inilah yang perlu anda tanam dalam diri menuju kecemerlangan hidup!!

7. Joseph Campbell: Kesempatan muncul dalam                                           kesulitan

"Kesempatan untuk menemukan kekuatan yang lebih baik dalam diri kita muncul ketika hidup terlihat sangat sulit" - Joseph Campbell -
Ketika anda terhimpit, janganlah menjerit. Jangan mengeluh seakan anda sudah berputus asa. Berdoalah dengan keyakinan dan mintalah jalan keluar. Bukalah mata dan mulailah mencari kekuatan dari Ilahi.
Kesulitan adalah permainan hidup dan kata-kata motivasi adalah taktiknya. Ketika kata-kata motivasi hidup teguh dalam diri anda, kesulitan justeru akan menjadi kesenangan bagi anda.

8. Winston Churchill: Berubahlah hingga jadi                                                  sempurna

"Meningkatkan pada dasarnya merubah.  Menjadi sempurna adalah perubahan yang  dilakukan berulang (konsisten)"- Winston Churchill -
Sempurna atau tidaknya hari ini tergantung pada diri dan tindakan anda. Ketika kesempurnaan itu tidak disalurkan sekali dengan tindakan, kesempurnaan hidup itu mustahil diwujudkan.
Mulailah bergerak dan lakukan perubahan. Kesempurnaan adalah perubahan diri yang anda lakukan berulang. Tanpa perubahan, kesempurnaan hanya akan jadi mimpi belaka.

9. Dale Carnegie: Orang berjaya selalu belajar dan                                   mencuba

"Orang sukses akan mengambil keuntungan dari kesalahan dan mencuba lagi dengan cara yang berbeza" - Dale Carnegie -
Ingatlah selalu kata kata inspirasi ini!! Kegagalan adalah keuntungan. Ketika gagal, itu bererti anda diberikan waktu untuk belajar. Ada masa dimana anda harus mengikut rancangan yang sudah diaturkan.
Jika meragukan, jangan berfikir lama untuk menentukan rancangan baru. Jangan malu untuk melakukan cara baru. Anda tidak pernah tahu kejayaan rancangan baru itu jika tak dicuba.

10. Confucius: Berhentilah membuat semuanya                                   menjadi rumit

"Hidup itu sangat sederhana, tapi kita  yang membuat hidup menjadi rumit" - Confucius -
Hidup itu sederhana. Anda pergi bekerja dan pulang dengan senyum bahagia, itulah hidup. Gagal kelmarin tapi tidak menyerah, itulah hidup. Namun sering kali kita membuat hidup menjadi rumit kerana mengejar materi duniawi secara berlebihan.
Berhentilah menghubungkan kebahagian hidup dengan materi!! Biarlah kata kata motivasi hidup ini masuk dalam hati, dan memahami bahawa hidup itu perlu bersederhana.

11. Walt Disney: Carilah kejayaan lain

"Aku tidak suka mengulangi kejayaan yang ada, aku lebih suka untuk mencari hal lain" - Walt Disney -
Jadilah selalu seperti Walt Disney!! Keberhasilan bukan jadi garis akhir dari perubahan justeru menjadi awal untuk perubahan. Anda harus terus berinovasi untuk mempertahankan keberhasilan anda yang lalu.

12. Clint Eastwood: Harga diri adalah awal kekuatan                                   yang sesungguhnya

"Hargailah usahamu, hargailah dirimu. Harga diri  memunculkan disiplin diri. Ketika anda memiliki  keduanya, itulah kekuatan sesungguhnya" - Clint Eastwood -
Sudahkah anda memiliki harga diri yang tinggi hari ini? Ketika anda terlambat ke tempat kerja hari ini, apakah itu harga diri? Tidak, harga diri bermula ketika anda menghargai diri sendiri.
Ketika harga diri anda tinggi, tidak akan ada pelanggaran yang anda lakukan. Berusahalah menghargai diri dengan disiplin, disitulah orang akan menghargai anda sebagai individu.

13. W.B. Yeats: Jangan menunggu

"Jangan menunggu seterika panas baru anda  menyeterika; Tapi, buatlah seterika itu panas  dengan menyeterika"- W.B. Yeats -
Untuk berhasil, jangan pernah menunggu kesempatan baru anda bergerak. Bergeraklah dan lakukan yang terbaik, seakan anda akan menjadi seorang superstar esok hari.
Anda boleh menunggu kesempatan itu datang tapi sampai bila pun anda tidak boleh memungkiri anda telah kehilangan separuh usia dengan penantian itu. Biarlah kata-kata motivasi hidup ini memotivasikan anda untuk bergerak maju hari ini.

14. Thomas A. Edison: Temukan caranya!

"Ada sebuah cara untuk melakukan lebih baik -  temukanlah!" - Thomas A. Edison -
Pada satu sisi, kegagalan dan kejayaan adalah hal yang sama. Anda tetap harus memutar otak untuk menuju tingkatan yang lebih tinggi. Ketika anda gagal, bangkit dan temukan cara terbaik untuk jadi berjaya.
Ketika anda gagal, bertenang dan temukan cara yang lebih baik untuk jadi lebih berjaya. Temukan caranya dengan kata kata motivasi kerja ini dalam diri anda!!

15. Albert Einstein: Pengalaman, sumber                                                      pengetahuan

"Satu-satunya sumber pengetahuan adalah  pengalaman" - Albert Einstein -
Ya, pengalaman adalah guru yang paling berharga. Pengalaman mengajarkan anda untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. Ketika cara yang pertama gagal, anda tidak akan menggunakan lagi cara tersebut.
Itulah pengetahuan dari pengalaman. Baik pahit ataupun manis, pengalaman tetap berada pada fungsi tertinggi. Inilah kata-kata motivasi untuk diri bahawa pengalaman itu penting bagi hidup kita.

16. Benjamin Franklin: Waktu tidak menunggu anda

"Anda mungkin boleh menunda, tapi waktu tidak  akan menunggu anda" - Benjamin Franklin -
Orang berjaya akan selalu memiliki keinginan untuk terus bergerak. Mereka selalu bergerak kerana mereka tahu bahawa waktu akan jadi sia-sia dengan menunggu. Oleh itu, jangan biarkan diri anda terus menunggu.
Jemputlah kesempatan hari ini. Ingatlah kata-kata motivasi hidup ini ketika fikiran anda mengajak untuk menunggu. Menunggu akan memakan separuh usia kelak.

17. Henry Ford: Reputasi berawal dari apa yang                                    anda lakukan

"Anda tidak akan boleh membangun sebuah  reputasi dari apa yang akan anda lakukan" - Henry Ford -
Orang tidak akan pernah kagum dengan cakap kosong atau angan-angan belaka.
Orang akan kagum ketika anda membuat mimpi anda jadi kenyataan. Tak hanya kagum, mereka akan terinspirasi oleh anda. Di titik itulah, reputasi anda sebagai individu terbentuk.

18. Mahatma Gandhi: Apapun yang terjadi, jangan           mundur

"Pertama, mereka mengabaikan anda.  Kemudian, mereka tertawa pada anda.  Berikutnya, mereka melawan anda. Lalu, anda  menang" Mahatma Gandhi
Apapun yang terjadi, jangan pernah mundur. Sudah menjadi sebuah rahsia umum jika rancangan besar pasti dikelilingi tentangan. Jangan sekalipun melangkah mundur. Melangkah mundur bererti anda kalah dan gagal.
Yakinlah dan majulah karena itulah sifat pemenang. Pemenang tak pernah mundur dari medan perang walaupun lawannya mustahil untuk dikalahkan. Simpanlah kata kata motivasi untuk diri sendiri dan bertekadlah untuk maju!!

19. William James: Kepercayaan menentukan                                              sebuah fakta

"Percaya bahawa hidup itu perlu dijalani dan  kepercayaan anda akan membantu anda  membuat kenyataan hidup anda"- William James -
Semua hal hebat di dunia ini terjadi kerana rasa percaya. Kepercayaan yang tinggi membuat anda tidak satu detik pun menyerah. Walaupun gagal, kepercayaan itu yang akan membangkitkan lagi.
Anda percaya jika bangkit, kejayaan itu bukan hal yang mustahil bagi nada. Percaya bahwa hidupmu tidak akan berakhir pada kegagalan. Itulah kenyataan hidup kamu!!

20. Theodore Roosevelt: Percaya pada diri anda

"Percayalah anda boleh. Anda sudah setengah  jalan" - Theodore Roosevelt -
Ketika hari ini anda memiliki sebuah rancangan besar, lakukanlah sepenuhnya. Ketika anda berasa akan gagal, jangan pernah berbalik dan menyerah.
Anda tidak tahu apa yang ada dibalik tentangan itu. Lakukan sepenuhnya dan selesaikan apa yang anda telah mulai. Kata-kata motivasi hidup ini berkata “Anda sudah setengah jalan”.

21. Richard Bach: Bebas menentukan hidup

"Anda selalu bebas mengubah pemikiran anda  dan memiliki masa depan yang berbeza, atau  masa lalu yang berbeza"- Richard Bach -
Tentu, anda telah lahir sebagai seorang manusia yang penuh dengan kebebasan. Anda berhasil atau gagal, itu tergantung tindakan anda hari ini. Yakinkan diri dengan kata-kata motivasi bahawa anda layak untuk mengecapi kebahagiaan hari ini.
Buatlah sesuatu hal yang besar hari ini, maka masa depan yang cemerlang bukan mustahil anda dapatkan. Keputusan dan tekad akan membuahkan hasil yang manis pada akhirnya.

22. W. C. Fields: Mulai hari dengan senyuman

"Mulailah setiap hari dengan senyuman dan  akhiri dengan senyuman"- W. C. Field -
Ketika memulai hari ini, tersenyumlah pada cermin. Senyum itu akan memberikan mood terbaik untuk menghadapi hari ini. Orang berjaya tidak pernah memulai hari dengan menggerutu, tapi dengan senyuman lebar.
Mereka yakin hari ini akan ada keajaiban besar datang pada mereka. Tak hanya awal, mereka mengakhiri hari dengan syukur dan senyum kepuasan. Jadilah seperti itu!

23. Bill Gates: Inovasi itu pergerakan

"Inovasi adalah pergerakan yang sangat cepat"- Bill Gates - 
Ini merupakan sebuah kata-kata inspirasi untuk anda. Terkadang, hanya bergerak saja dalam hidup tidak cukup. Anda harus mengukur pergerakan seperti apa yang anda lakukan hari ini.
Ya, inovasi adalah pergerakan cepat yang anda lakukan hari ini. Dengan inovasi, orang lain akan sukar mengejar anda, apapun caranya.

24. John W. Gardner: Membuat kecemerlangan

"Kecemerlangan adalah melakukan hal yang  biasa dengan cara yang sangat luar biasa"- John W. Gardner -
Anda perlu perhatikan kutipan kata-kata inspirasi ini. Anda disebut cemerlang jika anda berhasil melakukan sesuatu yang biasa dengan cara yang tidak dibayangkan seseorang.
Oleh itu, sebelum memulakan hari, bayangkan bagaimana anda akan menghadapi hari ini!!

25.Napoleon Hill: Ada hasil setelah berjuang

"Usaha akan membuahkan hasil setelah  seseorang tidak menyerah"- Napoleon Hill -
Sebelum anda menyerah hari ini, ingatlah bahawa banyak orang di luar sana yang ingin menginginkan posisi anda sekarang. Mereka berlumba dan menunggu supaya anda gagal.
Anda tidak akan pernah tahu apa yang ada di sebalik kesusahan anda sekarang. Oleh itu, kuatkan diri, percayalah anda akan dapat ganjarannya!!

26.Michael Jordan: Tidak takut gagal

"Saya tidak pernah takut untuk gagal"- Michael Jordan -
Untuk sebuah kejayaan, anda tidak perlu takut untuk gagal. Fikiran negatif tentang kegagalan hanya akan menghambat anda untuk berkembang.
Kejayaan tidak dapat dengan ketakutan dan keraguan. Kejayaan akan kamu dapat dengan inovasi dan keberanian. Kata-kata motivasi hidup ini mengajar kita untuk terus mencuba sampai berhasil tanpa dihantui oleh kegagalan masa lalu.

27.Hellen Keller: Jangan pesimis

"Tidak ada orang pesimis yang pernah  menemukan rahasia dari bintang, atau berlayar  ke pulau baru, atau membuka jalan keluar baru  bagi jiwa manusia" - Helen Keller -
Perhatikan kutipan kata inspirasi ini. Jangan mulai hari ini dengan rasa pesimis!! Tidak ada yang anda tidak mungkin lakukan didunia ini. Bahkan ketika anda yakin, gunung batu pun boleh anda pindahkan!!
Jika anda ingin sukses, optimislah bahawa anda boleh sukses. Bergeraklah dengan penuh percaya diri dan taklukkan hari ini!

28. John F. Kennedy: Arahkan tujuanmu

"Usaha dan keberanian tidak cukup tanpa tujuan dan  arah perancangan" - John F. Kennedy -
Hari ini, bukalah mata dan buatlah rencana hidup baru hari ini!! Ketika anda memiliki rencana, sesuatu yang anda lakukan akan berjalan dengan baik. 
Ketika perencanaan tidak matang, ada setu hari dimana usaha anda akan berakhir sia-sia. Jadi, mulailah rencanakan semuanya dari sekarang!! Oleh itu, sebelum anda memulakan, buat kutipan ini sebagai kata-kata motivasi untuk diri sendiri.

29. Abraham Lincoln: Jangan menghindari hari esok

"Anda tidak boleh pergi dari tanggungjawab esok hari dengan menghindarinya hari ini"- Abraham Lincoln -
Kelmarin, hari ini, hari esok, atau hari apapun akan penuh dengan tanggungjawab yang harus anda selesaikan. Apapun tanggungjawab, anda harus berusaha untuk menyelesaikannya dengan baik.
Setiap hari yang anda selesaikan dengan baik membawa anda kepada level hidup yang lebih tinggi. Kata-kata motivasi hidup ini mengajar kita untuk menghadapi masalah hidup dengan berani.

30. Bruce Lee: Jangan menunjuk-nunjuk

"Menunjuk-nunjuk adalah idea yang bodoh untuk sebuah  kemenangan" - Bruce Lee -
Ketika suatu hari anda berjaya, anda perlu ingat kata-kata motivasi ini. Menunjuk-nunjuk dan menyombongkan diri bukan idea yang baik untuk dikenali orang. 
Menunjuk dengan kesombongan tidak akan membahagiakan anda, tetapi pedang yang akan membunuh anda perlahan.

MUTIARA KATA PAKAR MOTIVASI OLEH DR. HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ


" BELAJARLAH MENGHABISKAN PEMBACAAN SEHINGGA NOKTAH YANG TERAKHIR.
ITULAH CIRI SEORANG MANUSIA YANG BERGUNA. JADIKAN DIRI ANDA
SEBAGAI MANUSIA BIASA YANG BERFIKIR
SECARA LUAR BIASA "

TERIMA KASIH...

HIMPUNAN MUTIARA KATA OLEH DR. HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ

  • Kalau kita berjaya memotivasi diri sendiri, itu hebat. Tetapi andainya kita boleh menjadikan orang lain seperti kita, itu baru hebat sangat.
  • Tak mampu buat semua jangan tinggal semua.
  • Jangan fikirkan yang sedap saja, kadang-kadang kita kena juga telan yang pahit sebab kadang-kadang yang pahit itu ubat sedang yang sedap itu racun.
  • Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak.
  • Air mata untuk kekasih, untuk sedih dan untuk rasa pedih, tentu lebih berharga air mata tatkala gembira, berjaya dan ternama.
  • Bila kapal besar lalu, perahu kecil tentu terbuai ombak.
  • Berubah itu mungkin mudah, tapi kekal dengan perubahan yang dibuat itu mungkin payah.
  • Lebih baik memandai-mandai daripada langsung tak pandai.
  • Lantaran adanya wanita, alam menjadi indah, lantaran adanya lelaki dunia menjadi sempurna. Lantaran adanya lelaki dan wanita terkadang sempurnalah suatu kelemahan di sebalik suatu kekuatan.
  • Kaya di mata orang belum tentu kaya di mata sendiri.
  • Kaya itu bukan sahaja kerana wang, boleh jadi kaya hutang, kaya anak, kaya musuh atau kaya perasaan.
  • Biar tak kaya harta tapi kaya budi, biar hanya kaya kata-kata, kadang-kadang itu lebih bererti.
  • Tidak perlu merayu pada orang yang sudah tiada simpati. Hati kita milik kita. Bawalah hati itu dan pergilah dari situ.
  • Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati, merindui.
  • Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberikan masalah. Ada kalanya meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, ada kalanya dia lebih mengerti.
  • Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagiaan kita. Ada kalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila-bila, ada kalanya menjadi hitam dan menyusahkan.
  • Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang di tangan sendiri sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk-muluk pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki.
  • Jangan mudah membuang, tambah-tambah lagi jika ia bukan barang tapi orang.
  • Boleh diharap merupakan asas pertama peribadi yang baik.
  • Sifat peribadi anda dapat ditentukan menerusi rakan-rakan anda 
  • Reputasi anda ialah apa yang orang lain fikirkan tentang diri anda; sikap peribadi anda ialah tingkah laku anda. 
  • Sifat peribadi yang kukuh adalah aset kita yang paling hebat kerana ia kuasa yang membolehkan kita berhadapan dengan kecemasan. 
  • Apa yang anda fikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri. 
  • Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat peribadi anda kepada nasib. 
  • Antara nasib dan takdir adalah suatu yang lebih kurang sama. Mereka akan berubah hanya dengan doa kita dan dengan keizinanNya. 
  • Kemahiran dan ilmu semakin diguna semakin banyak. 
  • Setiap hari kita adalah manusia yang berbeza. Semalam kanak-kanak. Hari ini remaja. Dan esok, hari tua. Semuanya menjadikan kita dan masa sungguh bermakna... 
  • Seekor singa yang ganas lebih mudah ditentang daripada seorang pemerintah yang kejam, dan pemerintah yang kejam lebih mudah dihadapi daripada angkara fitnah yang berkekalan.
  • Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.
  • Jaga-jagalah bergurau, kerana ia membawa kepada keburukan dan menimbulkan rasa dendam.
  • Jika anda menyayangi seseorang itu kerana Allah, maka janganlah bertengkar dan berbalah dengannya, janganlah menanyakan sesiapa tentangnya, kerana orang yang ditanya itu mungkin memberitahu anda perkara yang mengelirukan yang boleh menghalang perhubungan anda dengan orang itu.
  • Berlarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai.
  • Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.
  • Pengetahuan adalah teman anda yang terbaik. Ia sentiasa mengikut anda ke mana pun anda pergi. Tatkala semua orang menolak anda, pengetahuan tetap membisikkan sesuatu yang berharga.
  • Jadilah orang cerdik supaya senang hidup tapi kalau dah terlalu senang selalu jadi tak cerdik.
  • Tupai kalau tak pernah jatuh ke tanah kira memang pandai, tapi bila jatuh itu tentu terlebih pandai.
  • Jika anda mengaku orang jadilah orang, jangan jadi orang-orang.
  • Usah mimpi menakluk bintang kalau bulan pun tak kelihatan. 
  • Orang yang banyak duit selalunya tak bawa duit dalam poket tapi kadang-kadang orang yang tak bawa duit dalam poket sebab memang tak berduit.
  • Jika anda diperdaya orang, itu tandanya anda baik, sebab orang jahat tak akan pilih orang jahat untuk diperdayakan.
  • Belumlah seseorang itu layak digelar pendekar selagi dia belum berjuang.
  • Jangan takut terlambat. Yang paling bahaya adalah berhenti dan langsung tak bertindak.
  • Apa nak takut dengan madu, masuk ke perut jadi ubat; tapi takutilah lebah, kalau menyerang boleh padam.
  • Kaya bukan tiket hidup bahagia tapi kalau tak kaya kembarnya derita.
  • Paling indah hidup apabila kita mendapat semua yang kita inginkan, tapi paling tak indah bila dah dapat itulah punca masalah hidup kita.
  • Nak pandai belajarlah, tapi kalau nak memandai-mandai tak payah tunggu pandai.
  • Sembahyang itu ketenangan. Ketenangan benihnya kepintaran, kepintaran itu jawapnya kecemerlangan. 
  • Manusia takut pada hantu tapi tak takut berperangai macam hantu.
  • Bukan semua yang menggembirakan hati kita baik untuk kita. Kadang-kadang yang menggembirakan itu tersembunyi derita. Dan bukan semua yang memualkan hati kita tidak baik untuk kita. Kadang-kadang di situlah letaknya bahagia.
  • Pesawat yang betul bukan saja memastikan kita selamat ke destinasi yang betul, tapi penghujung yang betul.
  • Baca buku menyuluh ilmu. Ilmu dibaca banyak manfaat, kenapa susah sangat nak baca buku. Kan buku tu penuh khasiat.
  • Bawa pulang seorang sahabat yang tidak jemu-jemu menasihat.
  • Setiap jalan keluar dari alam perkahwinan jawapannya derita, sengsara dan air mata.
  • Nak mencium wangi jangan berdiri atas duri.
  • Tanamlah benih yang baik supaya kamu memetik hasil yang baik.
  • Nak buat sesuatu jangan terjah dulu tapi belajarlah dulu.
  • Fikir itu kepalanya berkat.
  • Cinta untuk dinikmati bukan ditangisi.
  • Tak semua yang indah tu membahagiakan, kadang-kadang ia hanya indah di anak mata, bila di tangan sendiri ia berubah warna.
  • Usah direnung ke langit hingga terlupakan bumi, sedangkan langit tak mungkin dicapai, bumi setia di bawah telapak kaki.
  • Tak ada orang untung sepanjang masa; ada ketikanya rugi jugak; tak ada orang rugi sepanjang masa, ada ketikanya untung jugak. 
  • Tatkala kita di bawah yakinlah kita pasti akan berada di atas, dan tatkala kita berada di atas yakinlah kita tak selamanya di situ.
  • Bertindaklah seperti apa yang kita nak jadi.
  • Usah berhenti mencari maklumat baru sebab setiap maklumat baru menjadi titik pemisah kita daripada tertipu.
  • Kecemerlangan itu bermula dari kebahagiaan dan kebahagiaan itu bermula dari keredhaan TUHAN, manakala keredhaan TUHAN itu datangnya dari semua perbuatan baik yang kita lakukan.
  • Hidup bukan perjudian tapi perjuangan.
  • Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap kepandaian bermakna kehidupan yang lebih istimewa.
  • Perjalanan adalah sebaik-baik guru.
  • Mengajar binatang bercakap lebih mudah daripada mengajar manusia berhenti bercakap.
  • Perkahwinan adalah satu tanggungjawab untuk saling bertanggungjawab.
  • Tak guna membeli buku kalau tak dibaca, tapi itu lebih baik daripada langsung tak kenal buku.
  • Kita menghormati diri kita apabila kita berikan dia kesempatan mengenal ilmu.
  • Berfikirlah dulu sesaat sebelum bertindak terus sepuluh minit.
  • Hakikatnya banyak bangsa di dunia ini telah merdeka tapi fikirannya masih terbelenggu oleh penjara diri.
  • Yang mahu ke depan ramai. Yang sanggup berdepan saja tak ramai.
  • Kalau nak tahu kita ini tinggi atau rendah, jangan tengok orang tinggi tapi tengoklah orang rendah.
  • Bagi yang tahu, yang susah itu adalah senang, bagi yang tak tahu yang senang itu adalah susah. 
  • Tapi bagi yang tak tahu tapi mengaku tahu, yang senang itu akan menyusahkan orang yang tahu.
  • Orang yang hidupnya menyusahkan orang sebenarnya bukanlah orang.
  • Perkara yang paling seronok dibuat ialah berhutang, perkara yang paling susah untuk dibuat ialah membayar hutang.
  • Pada asasnya hidup itu tidaklah susah, yang susah ciri-ciri untuk menjadikan hidup itu suatu kehidupan dan biasanya ciri-ciri itu kita sendiri yang menciptanya.
  • Sesuatu yang berharga tak mudah mendapatkannya, ibarat memetik bintang di hujung duni
  • Bukan semua laba itu nikmat, adakalanya laba mendatangkan bala.
  • Genggam bara api biar sampai jadi intan.
  • Kalau hidung masih berhingus jangan fikir soal kahwin, tapi kalau hidung asyik berhingus itu mungkin tanda menyesal sebab berkahwin.
  • Jodoh memberatkan kepala, setelah mendapat jodoh boleh jadi semakin memberatkan kepala.
  • Biar berdiri di puncak tertinggi tapi tanah masih di kaki daripada kaki memang di tanah, tapi merasakan tidak jejak ke bumi.
  • Penjara diri jauh lebih berbahaya daripada penjara besi.
  • Nak tidur itu mudah, yang payah nak tidur nyenyak sepanjang malam, bebas dari igauan ngeri, bebas dari gangguan nyamuk, bebas dari ngorok.
  • Negara yang maju bukan negara yang merdeka tapi bagaimana mereka menafsirkan erti kemerdekaan itu.
  • Lihatlah alam cari kehebatan, lihatlah diri cari motivasi.
  • Selamatkanlah dirimu dari penjara diri kerana ia lebih berbahaya daripada penjara besi.
  • Usah ditengok tuahnya orang, tuah sendiri berada di kaki, usah tergadai menjadi arang, tapi terus teguh memotivasi diri.
  • Pelajaran itu penting, ibarat lilin apabila bekalan elektik terputus.
  • Kan lebih bagus kita ada benda dan boleh berbangga dengan apa yang kita ada daripada kita langsung tak boleh berbangga sebab langsung tak ada apa-apa.
  • Jadilah cerdik supaya bergeliga, tapi tak usah terlalu bergeliga nanti hilang pula cerdiknya.
  • Bukan cantik saja isunya, tapi kesihatan yang utama. Bukan lawa dan hansem saja matlamatnya, tapi kesihatan yang utama.
  • Yang penting tindakannya bukan apa yang hanya berlegar di dalam fikirannya.
  • Kita tertarik ke belakang, faktor luaran tak banyak campurtangan, yang sebetulnya diri kita sendiri yang jadi dalang.
  • Orang baik jarang mengaku jahat, tapi orang jahat seronok mengaku baik.
  • Bukan semua yang manis itu manis adakalanya di hujung lidah ia manis di hujung tekak menjadi pahit.
  • Maut juruintai yang tak pernah lalai.
  • Biar pendiam tapi berisi, daripada bising menyusahkan orang; biar banyak ingatkan mati, daripada hidup bagaikan arang.
  • Tak ada kerja cuba menjaja, cuba-cuba jugalah menjaja gula, tak ada kerja cari kerja, dah ada kerja tak senonoh pula.
  • Usah terlalu hairan melihat pelangi tapi terlebih hairanlah melihat bagaimana kamu berdiri.”
  • Berjaya dalam hidup sekarang ini ialah lambang orang yang bekerja keras. Hanya orang yang bekerja keras dan kuat berusaha akan menikmati kejayaan. Dan hanya orang yang berani saja akan mampu menterjemahkan kejayaannya dalam bentuk benda. Dan hanya orang yang betul-betul larat, berkeupayaan dan berkemampuan saja yang sanggup memiliki benda yang jarang-jarang orang mampu memilikinya.
  • Alam sediakalanya cantik dan semua usaha dalam alam ini asalnya cantik, tinggal kita saja nak bagi lebih cantik atau tak nak bagi cantik.
  • Musuh kita yang paling jahat adalah hati kita, tapi kawan kita yang baik pun adalah hati kita.
  • Memuji sorang sama sorang itu ampu namanya, mengeji di khalayak ramai itu cabaran namanya, sebab itu pujian adalah racun, cacian adalah penawar.
  • Tanpa mulut lidah tak berfungsi, tanpa lidah mulut tak bererti.