KEBAHAGIAAN
Bahagia adalah sesuatu yang sukar untuk didefinisikan
Kaya tak semestinya bahagia..
Miskin tak semestinya menderita..
Berkahwin tak semestinya bahagia..
Bersendirian tak semestinya derita..
Sihat tak semestinya bahagia..
Sakit tak semestinya menderita..
Ketawa tak semestinya bahagia..
Menangis tak semestinya menderita..
Muda tak semestinya bahagia..
Tua tak semestinya derita..
Lapang tak semestinya bahagia..
Sibuk tak semestinya derita..
Berfikiran positif boleh menjadikan seseorang itu lebih matang, lebih ceria, lebih kuat iman, lebih menerima kekurangan diri sendiri atau orang lain dan lebih boleh mengingati kebaikan orang lain terhadap dirinya..
Manakala berfikiran negatif pula boleh menjadikan seseorang bertambah kusut, mhilang keceriaan dan nikmat dalam kehidupannya, juga boleh menjatuhkan aqidah jika tidak kena caranya, dan lebih membuatkan hati sendiri bertambah sakit.
Ingatlah kebaikan orang pada kita..
Tapi lupakanlah kebaikan kita pada orang lain..
Ingatlah keburukan kita terhadap orang lain..
Tapi lupakanlah keburukan orang pada kita..
Manusia bukanlah malaikat yang taat pada tuannya (Allah),
Tidak pernah melakukan kesilapan,
Manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan bersifat pelupa seperti yang dikatakan oleh Dr. Mahathir suatu masa lalu.
Kerana manusia sentiasa dibelenggu oleh syaitan dan hawa nafsu yang tidak pernah serik ingin merosakkan aqidah dan akhlak manusia.
Bagaimanapun,
Allah memuliakan manusia lebih dari makhluk yang lain dan menjadikan manusia itu sebagai khalifah di muka bumi ini. Manusia perlu berwaspada dari godaan syaitan & hawa nafsu, Oleh itu, Allah menurunkan al-Quran untuk menjadi panduan dan pendinding hidup kepada manusia agar tidak terpesong jauh dari agamanya.
- Nukilan indah dari seorang blogger -
No comments:
Post a Comment