10 TIPS BINA KEYAKINAN DIRI (PALING BERKESAN)
Assalamualaikum semua para khalifah sekalian,
Hari jumaat yang paling indah cuacanya saya tertarik dengan satu blog yang tak perlulah disebutkan namanya, nanti dia malu. Tetapi, semua artikel2 dan nukilan beliau amat saya minati. Harap beliau mengikhlaskan diri beri saya peluang untuk menggunapakai semula artikel beliau.
maafkan saya, tuan. Jangan marah, nanti hilang kecomelan tuan. Hehehe.
Tapi saya tau beliau amat baik hati dan sangat disanjungi, apa salahnya meng 'sharing' ilmu dan artikel2 yang boleh menjadi panduan dan kebaikan pada masa kini, kan tuan !
Comelnye tuan ni . Haha . *bodek*
Ok, serius balik. Back to the point, without no konar konar kiri kanan. Hari ni saya nak sharing sedikit mengenai Keyakinan Diri. Cewah ! Yang menulis ni pun bukannya ada keyakinan pun,
Tu dulu ok, sejak mengamalkan tips2 dibawah ni, boleh jadi testimoni dah saya ni. Hahaha.
Tapi disini saya ingin sarankan pada semua golongan muda atau tua yang masih terpinga-pinga ingin mencari keyakinan diri yang sudah hilang dari radar tu, marilah kita sama2 menghayati dan amalkan tips2 ini, insya-Allah berkesan. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. :D
Ok, jom baca dan jawab dalam hati,
Assalamualaikum semua para khalifah sekalian,
Hari jumaat yang paling indah cuacanya saya tertarik dengan satu blog yang tak perlulah disebutkan namanya, nanti dia malu. Tetapi, semua artikel2 dan nukilan beliau amat saya minati. Harap beliau mengikhlaskan diri beri saya peluang untuk menggunapakai semula artikel beliau.
maafkan saya, tuan. Jangan marah, nanti hilang kecomelan tuan. Hehehe.
Tapi saya tau beliau amat baik hati dan sangat disanjungi, apa salahnya meng 'sharing' ilmu dan artikel2 yang boleh menjadi panduan dan kebaikan pada masa kini, kan tuan !
Comelnye tuan ni . Haha . *bodek*
Ok, serius balik. Back to the point, without no konar konar kiri kanan. Hari ni saya nak sharing sedikit mengenai Keyakinan Diri. Cewah ! Yang menulis ni pun bukannya ada keyakinan pun,
Tu dulu ok, sejak mengamalkan tips2 dibawah ni, boleh jadi testimoni dah saya ni. Hahaha.
Tapi disini saya ingin sarankan pada semua golongan muda atau tua yang masih terpinga-pinga ingin mencari keyakinan diri yang sudah hilang dari radar tu, marilah kita sama2 menghayati dan amalkan tips2 ini, insya-Allah berkesan. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. :D
Ok, jom baca dan jawab dalam hati,
"Perlu ke aku yakin pada diri sendiri ??" "Bagaimana nak teguhkan keyakinan diri ni??"
"Takutla nak berhadapan dengan orang" "Takutlah nak bercakap dengan customer"
Tak beranila nak buat presentation depan kelas, saya takut orang tengok saya"
Jadi macam mana ?? Pada sesiapa yang ingin berubah, anda bolehlah ikuti tips ini ye sayang :)
Ok. keyakinan diri amatlah penting dalam pembentukan peribadi seseorang insan.
Apabila seseorang itu mempunyai keyakinan diri yang tinggi, pasti dia mempunyai masa depan yang cukup cerah malah dia juga menyebabkan orang sekelilingnya terkena tempias keyakinan yang ada dalam dirinya. Namun, bagaimana untuk membina keyakinan diri sedemikian rupa??????
1. Percaya dan Yakin pada Kebolehan Diri
Setiap insan yang diciptakan Ilahi mempunyai kelebihan yang tersendiri dan kelebihan yang dimilikinya itu membuatkan dia cukup berbeza dengan orang di sekelilingnya. Hargailah dan yakinlah pada kebolehan yg ada pada diri. Jangan takut untuk menggunakan segala kelebihan yg diberikan Allah untuk kebaikan diri dan ummah kerana apabila diri melakukan sesuatu untuk Allah, seseorang itu takkan merasa sedih dan terhina apabila dikritik dan dicerca sehabisnya oleh insan-insan yg lain.
"Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat. Dan sesungguhnya bagi setiap orang itu akan memperolehi apa yang ia niatkan," (Riwayat Bukhari dan Muslim)
2. Senyuman yang Menawan
Sentiasa tersenyum..
Walau dalam keadaan gembira, bahagia, dan dalam perasaan yangg tidak selesa sekalipun. Apabila bibir tersenyum, ia seseolah-olah mengarah minda untuk turut menjadi positif dan menyebabkan diri kelihatan berkeyakinan walaupun hati sebenarnya amat terketar-ketar.
Sabda Rasulullah S.A.W.
"Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah." (Riwayat Bukhari)
3. Rentak langkah yang meyakinkan
Gaya badan menyuarakan seribu satu kata mengenai seseorang itu.
Pernahkah anda mengalami situasi di mana apabila anda menghadiri satu-satu majlis, hampir kesemua mata tertumpu pada seseorang yang hadir di majlis tersebut?
Dia tidak perlu menyuarakan apa-apa, bibirnya tersenyum dan langkahannya cukup membuatkan orang di sekelilingnya merasakan aura kehebatan dan keyakinannya.
4. Sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri
Setiap insan pasti ada kelemahannya. Orang yg berkeyakinan diri yang tinggi, pasti sentiasa cuba untuk menjadi yg terbaik. Oleh itu, dia sentiasa memperbaiki dirinya dari hari ke hari dan menjadikan hari esoknya lebih baik daripada hari ini.
Sabda Rasulullah S.A.W.
"Jangan sampai kamu dipatuk oleh ular di dalam lubang yang sama dua kali," (Riwayat Abu Daud)
5. Malu itu biarlah bertempat
Benarlah malu itu perisai diri dan iman. Namun, biarlah malu itu berada di tempat yang betul. Usahlah malu untuk bertanya dan menyuarakan pendapat kerana malu bertanya akan menyebabkan sesatnya jalan. Usahlah juga malu untuk mengajak-ajak ke arah kebaikan kerana ganjaran pahala yg amat besar menanti di hadapan. Namun, malulah untuk melakukan kemungkaran dan tebalkanlah sifat malu dalam diri kepada Yang Esa untuk menayang-nayangkan segala keburukan diri kepadaNya.
"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang Mukmin," (Adz-Dzariyat: 55)
6. Jangan memandang rendah pada keupayaan diri
Jangan pernah sesekali memandang rendah pada kebolehan dan kekuatan diri, lantas menyuarakan "aku tidak mampu untuk melakukan itu dan ini,".
Hakikatnya, hanya Allah yang tahu sejauh mana kemampuan seseorang itu, oleh sebab itulah Dia memberikan ujian yang berbagai-bagai, sesuai dgn kemampuan seseorang itu. Oleh itu, jangan pernah menyekat kemampuan diri dan sentiasalah mencabar diri untuk menjadi insan yang lebih baik.
"...Allah tidak membebani seseorang melainkan (sesuai) dengan apa yang diberikan Allah kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan setelah kesempitan," (Ath-Thalaq:7)
7. Hargai Diri
Anda adalah unik kerana tiada satu pun di dunia ini yang mempunyai nama anda, dan mempunyai peribadi yang sama, wajah yang sama, pendidikan yang sama ataupun gaya bahasa yang sama dengan diri anda. Andalah satu-satunya insan sedemikian di bumi Allah ini. Maka, hargailah diri dan peribadi anda sebaiknya. Jangan mudah goyah dan terhanyut ke kanan dan kiri, mengikut gaya dan pendirian orang lain tanpa mengira dan mengukur buruk baik kesannya pada diri anda. Biarlah setiap tindakan dan bicara anda itu benar-benar datangnya dari diri anda, bukan disebabkan pengaruh orang lain.
8. Jangan membandingkan diri dengan orang lain
Melakukan perbandingan terhadap diri dengan orang lain adalah satu tindakan yang tidak patut dilakukan oleh seseorang. Kelebihan dalam dirimu itu takkan pernah sama dengan kelebihan yang ada dalam diri orang lain. Definisi kecantikan pada hati dan wajahmu itu takkan pernah sama dengan definisi kecantikan yang ada pada gadis yang lain. Setiap usahamu itu tidak sama kekuatannya dengan usaha yang dialirkan oleh insan lain.
Maka, usahlah melakukan perbandingan dirimu dengan insan lain. Yang penting, jadilah dirimu yang terbaik!
"Sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza," (Al-Lail: 4)
9. Sentiasa berfikiran positif
Orang yang berkeyakinan tinggi mempunyai pemikiran yang amat positif. Apa sahaja yang dilihatnya, dia pasti akan melihat sesuatu itu dari sudut positif dan apa sahaja yang didengarnya, dia akan menafsirnya dgn pemikiran yg positif.
Oleh sebab itulah, apabila seseorang menyatakan kepadanya bahawa dia dilihat sebagai seorang yang berjiwa besar dan mempunyai masa depan yg amat cerah, dia akan mengejar apa yang dikatakan itu kerana dia positif dan yakin bahawa dia boleh melakukannya.
10. Selalu mendengar dan membaca kata-kata motivasi
Adakalanya motivasi yang ada dalam diri kita mudah jatuh kerana ia juga ada naik surutnya.
Oleh itu, jangan biarkan diri terus hanyut apabila merasakan diri tidak berkeyakinan dan sebagainya. Bacalah buku-buku motivasi dan dengarlah kata-kata yang membangkitkan semangat dalam diri. Berbicara dengan diri sendiri juga mampu untuk menaikkan semangat.
Antaranya mungkin dengan menulis surat kepada diri sendiri di dalam diari ataupun jurnal agar semangat yg luntur kembali pulih.
Sama-samalah kita membina dan mengukuhkan lagi keyakinan diri yang ada dalam diri agar diri kita hari ini jauh lebih baik dari hari sebelumnya, insya-Allah.
Terima kasih kerana sudi baca sampai ke akhir rancangan..
Yang baik datangnya dari Allah, yang kurang datangnya dari saya sendiri..
Artikel ini tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun sudah meninggal dunia..
Salam sayang untuk anda :D
No comments:
Post a Comment